Wednesday, January 13, 2010

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang Perdana Menteri Malaysia

Imej Presiden PAS tiba-tiba melonjak. Setelah bertahan dengan asakan yang memudaratkan popularitinya atas isu Kerajaan Perpaduan tahap populariti Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang tiba-tiba berada pada tahap yang ‘keajaiban’.

Popularitinya sejak kebelakangan ini amat memberangsangkan melalui penampilan kemas dengan kenyataan-kenyataan yang meyakinkan seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Pengkritik tegarnya sebelum ini di laman-laman web extrim termasuk dalam portar ternama seperti Malaysiakini nampaknya sudah berubah angin dan mula mendekati visi politik yang mengagumi

Sukar untuk kita percaya orang sepeti Chua Jui Meng bekas Menteri Kesihatan dari MCA boleh memuji Abdul Hadi yang selama ini terlalu ekxtrim dalam pandangan dan penglihatan ramai orang sepertinya terhadap manusia bernama Abdul Hadi.

Bermula dengan ucapannya di konvensyen Pakatan Rakyat beberapa bulan lepas hinggalah kepada isu penggunaan nama Allah dan siri lawatan ke gereja serta kenyataan tegas menolak sebarang usaha memusnahkan rumah ibadat orang bukan Islam, nama Abdul Hadi begitu harum. Abdul Hadi yang sebelumnya hanya dilihat berwajah Melayu PAS sudah diangkat dan dimiliki seluruh rakyat berbilang kaum.

Pada ketika ini, Abdul Hadi sudah melangkaui jauh ke hadapan sebagai pemimpin rakyat beridentitikan Malaysia. Imej keTerangganuannya tiba-tiba lenyap. Keadaan sebegini mesti dipertahankan Abdul Hadi dan juga oleh parti PAS.

Saya menemui rakyat yang berbilang kaum merata tempat, populariti Abdul Hadi, ahhh, memuaskan. Sudah tahu kesannya bila rakyat positif terhadap Abdul Hadi. Tidak ada cacatnya Abdul Hadi sebagai pemimpin mereka.

Abdul Hadi bukan kaki rasuah macam orang Umno. Abdul Hadi bukan kaki botol, Abdul Hadi bukan kaki perempuan, jauh sekali. Jadi tak ada cacatnya?. Ada kekurangan bukan tidak ada tapi hanyalah pada kelemahan dalam pembentukan imej yang menurunkan populariti, itu sahaja. Hanya soal keyakinan.

Tetapi dengan bawaannya yang terbaru dan tahap penerimaan sokongan dan popularitinya sekarang ini maka Abdul Hadi adalah sebenarnya harapan Malaysia. Abdul Hadi layak menjadi bapa Malaysia

Saya meneliti beberapa sumber dari harakah, saya juga meneliti beberapa sumber dari Malaysiakini, saya meneliti sumber blogs , saya analisa mereka dan saya tertarik untuk menjurus kepada suatu ramalan.

Asia Week sekitar tahun 80an meramalkan Abdul Hadi akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada suatu hari nanti, Saya perlu menulis untuk ini dan saya berkeyakinan masanya sudah semakin hampir.

Asia Week bukan macam akhbar Utusan Malaysia, Asia Week juga bukan seperti Berita Harian, ooh jauh sekali macam TV 3, mereka pengampu Umno. Asia Week bukan. Mereka adalah peramal ekonomi, penganalisa politik. Kajian mereka profesional. Mereka peramal yang dihormati. Mereka adalah penyelidik dan mereka ada tempatnya di hati pembaca seluruh dunia. Saya menumpang keyakinan itu.