Thursday, December 31, 2009

Keluargaku, Fahamilah Tugasan Ayahandamu

Politik kekeluargaan atau kronismi adalah isu yang sangat dibimbangi berlaku dalam mana-mana institusi kepimpinan sejak zaman berzaman. Jika mana institusi yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dengannya maka kesan negatifnya tetap berlaku dan sudah tentu akan menjejaskan kedua-dua institusi samaada kekeluargaan atau kepemimpinan untuk berjalan secara sihat dan kondusif.

Justru kepimpinan yang menekankan soal intergriti begitu takut kepada budaya dan nilai kronismi. Kronismi mungkin tidak menjadi kesalahan dari segi peraturan atau undang-undang tetapi kronismi dan budaya kekeluargaan tidak akan berjaya mengdukungi peraturan moral.

Apa yang paling ditakuti, nilai kronismi samaada cepat mahu pun perlahan tetap membunuh nilai kejujuran kerana kronismi diselubungi nilai emosi yang sangat tinggi.

Jika nilai emosional yang cukup meluap-luap adalah budaya maka bagaimana untuk kita mempertahankan kepentingan rasional sebagai syarat penting dalam keutuhan institusi kepimpinan.

Mana-mana anggota keluarga yang tunggak kekeluargaan mereka terlibat dalam institusi kepimpinan politik hendaklah sedar tentang perkara ini. Ayahanda mungkin dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin rakyat, anakanda juga mungkin dipilih rakyat bersama ayahanda sebagai pemimpin oleh rakyat, itu tidak mengapa. Tetapi kita jangan melantik atau membiarkan keluarga kita dilantik atas amanah yang diberikan oleh rakyat kerana itu penyakit besar yang akan membunuh kejujuran. Maka berhati-hatilah dan takutilah fitnah ini.

Friday, October 16, 2009

Slogan Najib Bukan Ancaman

Ramai yang terpegun dengan agenda perubahan yang disuarakan Umno dalam perhimpunan mereka yang telah pun berakhir. Presiden Umno , Dato' Seri Najib telah mengemukakan slogan bertema Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan.

Ya, nampak enak sekali ucapannya, kuat sekali keazamannya. Tetapi, sebagaimana yang menjadi kebimbangan Najib sendiri, maka apakah rakyat boleh berharap dengan slogan yang sudah terlalu banyak yang akhirnya slogan tetap tinggal slogan.

Saya mengikuti ucapan-ucapan para perwakilan Umno dalam perhimpunan agong itu sekali sekala. Tetapi apa yang saya dengar hasil dari ucapan sekali sekala itu sudah boleh saya boleh disimpulkan Umno sebenarnya tidak berubah.

Aspirasi Umno Bukan Aspirasi Rakyat

Perwakilan Umno yang berucap yang juga boleh dikatakan kepimpinan akar umbi tidak langsung memahami aspirasi ucapan Najib. Entah apa pasalnya, barangkali kerana resapan budaya dalam Umno yang selama pulohan tahun. Aspirasi Umno bukan aspirasi rakyat. Mereka tak faham pun bahasa rakyat.

Hanya memikirkan soal kedudukan, pangkat dan kenikmatan dunia, sebenarnya mereka jugalah pembunuh slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Bagi mereka segala-galanya mestilah Umno.

Najib tidak boleh mengubah Umno seorang diri walau pun ia ingin berbuat demikian, tidak boleh. Aspirasi Najib perlu direalisasikan oleh akar umbi. Tetapi jelmaan dari akar umbi tidak menunjukkan mereka ingin kepada perubahan. Umno tetap dengan cara Umno.

Saya tidak bimbang dengan apa pun perkembangan dalam Umno. Umno adalah sebuah parti perkauman Melayu yang amat sempit. Sejarahnya bukan pendek, tetapi kesempatan tidak ada bagi rakyat menyongsangnya.

Perjuangan Umno sempit sekali, justeru itu tindakan mereka pada keseluruhan zamannya juga amat sempit. Dengarlah, lihatlah, bacalah apa yang dibincangkan oleh perwakilan Umno dalam perhimpunan mereka.

Tak Ada Beza Slogan Najib Dengan Slogan Sebelumnya

Apa beza budaya zaman Najib, budaya zaman Pak Lah, budaya zaman Mahathir dan yang lainnya, tak ada beza. Semuanya berkisar kepada peruntukan, kebendaan, penguasaan, pangkat dan kedudukan Umno. Umno yang disebutkan itu hanyalah mereka.

Sebab itu kita lihat selama ini bukan tidak ada peruntukan pembangunan untuk rakyat, ada, ada berbilion-bilion tetapi dapat manfaat besar dari peruntukan itu siapa. Tidakkah pemimpin Umno yang berkuasa di Bahagian-bahagian?. Kali ini mereka bersuara dalam nada yang tak ada bezanya dari dulu-dulu. Apa yang berbeza hanyalah ketua mereka, itu sahaja.

Bagi saya apa yang penting untuk melakukan perubahan kepada yang lebih baik mesti datang dari rakyat itu sendiri. Sudah ada bukti rakyat yang mempunyai asas dan kekuatan untuk berubah, telah melakukan perubahan. Rakyat ini adalah rakyat yang bebas dan bermaklumat.

Cabaran memberi Maklumat Besar

Sayangnya, saya juga sedar tidak semua rakyat terutama orang Melayu dan bumiputra di kawasan-kawasan pendalaman mempunyai asas itu. Inilah masalah besar, cabaran besar dalam agenda perubahan. Inilah eksploitasi Umno sejak sekian lama.

Kalau kita lihat dari keputusan pilihanraya yang lalu, rakyat yang ada kemampuan menilai adalah dari kalangan mereka yang bermaklumat. Di kawasan pendalaman memang bermasalah. Mereka tak ada maklumat untuk dijadikan asas untuk menilai. Sebab itu cabaran memberi maklumat ini cukup besar

Kedua, cabaran politik kepimpinan tidak lagi ada hadnya. Penelitian rakyat tiada had kepada Umno BN sahaja tetapi juga kepada Pakatan Rakyat.

Umno Tertekan Guna Kuasa

Umno kini berhadapan dengan kesukaran melakukan penghujahan politik. Dizaman rakyat merealisasikan media baru ini Umno jelas tertekan. Mereka tak ada keupayaan bersaing setakat ini.

Walau bagaimana pun Umno masih ada tradisi kuasa. Hanya dengan kelebihan memiliki kuasa itu mereka menjaga kepentingan politik. Dengan kuasa mereka menyahut cabaran yang datang dari Pakatan Rakyat. Umno telah memaksimakan penggunaan kelebihan kuasanya di Bagan Pinang baru-baru ini.

Ingin Berubah Tapi Bermasalah

Memang Najib sedar adalah sangat sukar untuk merakyatkan Umno pada waktu ini. Ketika mereka mempunyai keselesaan sebelum pilihanraya umum lalu pun mereka tidak ada keupayaan. Tambah sekarang kebanyakan pemimpin Umno sangat bermasalah, maka bagaimana mereka mahu melaksanakannya. Tambah di negeri-negeri Pakatan Rakyat mereka tidak menunjukkan kemampuan untuk menjuarai isu rakyat kerana masalah yang mereka dihadapi.

Bagi saya, saya tidak berasa bimbang dengan slogan Umno bila-bila pun. Tetapi apa yang saya sangat bimbang ialah apakah Pakatan Rakyat melakukan perkara yang mampu dan berjaya dalam merealisasikan amanah yang diberikan rakyat dengan kuasa yang ada.

Pakatan Rakyat terutama PAS yang rata-ratanya yang masih mengharapkan sokongan tradisi orang Melayu, sedang orang Melayu mempunyai segala macam kelemahan yang juga tradisi. Kerja keras yang mesti dilakukan terhadap golongan ini. Bagaimana mahu memecahkan tradisi itulah persoalan yang mesti dijawab.

PAS dan PR Perlu mampu jadi Altenatif

Peranan yang sangat besar dan mencabar ini perlu dilaksanakan oleh PAS jika mahu dilihat rakyat sebagai altenatif terbaik menggantikan Umno. Sebagaimana hasrat Umno begitu juga PAS. Mereka perlu menjadikan diri mereka pemimpin rakyat, bukan hanya pemimpin parti semata-mata.

Kelemahan Umno kerana sikap dan budaya rakus berkepentingan diri. Sesetengah orang pula melihat sikap PAS memencil diri. Memang benar jika paradigma lalu tidak diubah. Kedua-dua budaya ini tidak selesa buat rakyat. Untuk merebut hati rakyat maka ahli dan pimpinan PAS perlu menjadikan diri mereka diri rakyat. Suara mereka suara rakyat, pemikiran mereka pemikiran rakyat.

Sebagaiman keazaman pemimpin Umno dan PAS mahu menjadikan Syaidina Umar Al Khatab sebagai ikutan kerana jiwa dan budayanya yang rakyat, maka tingkah laku mestilah seiring dengan syaidina Umar. Kalau itu sebagai penunjuk arah untuk berubah maka PAS ada kelebihan dari Umno kerana Umar tidak rasuah sedang Umno sentiasa bergelumang dengan rasuah.

Hanya yang penting dalam pertarungan ini ialah manifestasi kuasa sebagai pemerintah Umno yang sentiasa memaksimakan kuasanya untuk berhadapan dengan hati dan pemikiran rakyat. Maka persoalannya ialah apakah PAS dan Pakatan Rakyat sudah menguasai hati dan pemikiran rakyat itu?.

Pertarungan ini tidak juga mudah. Cuma sejarah membuktikan hati dan pemikiran rakyat selalu menang. Mampukan PAS dan Pakatan Rakyat menjadi hati dan pemikiran rakyat. Itulah yang sepatutnya menjadi kebimbangan bukan slogan Umno atau slogan Najib.

Friday, October 09, 2009

Masa Untuk Rakyat Menolak Politik Umno Yang Kotor.

Ramai yang mula menganggap PRK Bagan Pinang adalah pilihanraya yang terkotor dalam sejarah walau pun tempoh berkempennya belum tamat. Sebagaimana dilaporkan media, berbagai insiden ganas yang dikatakan dilakukan pemuda samseng Umno semalam termasuk insiden menetak dengan parang kepala pemuda PAS sesuka hati.

Peliknya kejadian samseng pemuda Umno itu, ia seolah-olah dirancang secara rapi. Malahan ianya nampak halal kerana dibiarkan berlaku begitu rupa.

Mengapa Polis Tak Mampu Cegah Keganasan?.

Anehnya pada setiap PRK pihak keselamatan terutama polis berhimpun pada sekala yang besar. Ini tidak terkecuali di Bagan Pinang. Kebanjiran pihak keselamatan disetiap PRK selalu dibantah oleh pemimpin politik pembangkang dari Pakatan Rakyat atas alasan rakyat tidak selesa atas kehadiran begitu ramai Polis.

Namun, apa yang selalu di dengar, pihak polis memberi alasan bahawa kehadiran mereka yang ramai untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

Tetapi dengan peristiwa pemuda samseng Umno memarang pemuda PAS sesuka hati dan dikatakan berlaku tidak jauh dari balai polis di Bagan Pinang maka timbul pula persoalan adakah pihak polis telah menjaga keamanan dan keselamatan?. Ini yang peliknya.

PRK Bagan Pinang Terkotor.

Ya betul, PRK Bagan Pinang adalah yang terkotor, dikatakan juga sekotor calon perasuah kebanggaan Umno. Anehnya kekotoran dalam setiap PRK akan berlaku pada setiap kali melibatkan penyertaan Umno.

Kalau bukan Umno barangkali, hatta kalau dari parti kompenan BN lain pun mungkin lain sedikit, tidak sekotor dengan penglibatan Umno.

Di PRK Bagan Pinang,ia melibatkan Umno. Maka mahu tidak mahu ia terpaksa jadi kotor. Penyerapan budaya Umno dalam pilihanraya seperti rasuah dan keganasan terpaksa diterima rakyat. Sebagaimana kotornya setiap kali berlaku pemilihan dalaman Umno maka PRK yang melibatkan Umno juga terpaksa turut kotor.

Bagan Pinang Macam Lubok Merbau?

Kalau dalam pemilihan Umno, pemimpin merasuah ahlinya maka dalam setiap pilihanraya rakyat pula dirasuah. Kalau dalam pemilihan Umno ada adegan baling kerusi maka dalam pilihanraya kecil rakyat pula ditetak. Demikianlah apabila ianya melibatkan Umno. Ini bukan isu baru, ahli PAS dan rakyat keseluruhan masih ingat peristiwa Lubok Merbau dan banyak peristiwa lain.

Rakyat Mampu Bersihkan Kekotoran Umno

Negara kita sedang menghadapi krisis kekotoran yang sukar untuk dibersihkan. Kekotoran kuasa, kekotoran minda yang akhirnya melahirkan kekotoran sikap pemimpin negara yang menyaluti pemimpin Umno yang berkuasa . Sukar untuk dibersihkan tetapi boleh dibersihkan jika rakyat bersatu hati mahu membersihkannya.

Kalau kita teliti dengan cermat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno mengenai calonnya yang rasuah, maka kita akan dapat simpulkan bagaimana mereka masih belum mampu keluar dari sikap yang pengotor itu. Rakyat sepatutanya bimbang dengan keadaan ini. Negara dalam bahaya jika dibiarkan pemimpin yang kotor dengan rasuah ini terus berkuasa.

Nasihat Mahathir Tak Ada Harga

Keadaan ini diakui sendiri olen Mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad. Keengganan Umno untuk membersihkan tubuh mereka dari elemen rasuah menyebabkan Tun Mahathir terpaksa memulaukan kempennya untuk Umno di Bagan Pinang.

Mahathir cuba bersikap tegas dalam isu rasuah. Tetapi apa yang ada pada nasihat Mahathir lagi. Dia tidak punya kuasa apa-apa. Malahan tak ada siapa pun yang mahu percaya Umno mahu menerima nasihat Mahathir itu. Mahathir tidak akan mampu menghalang budaya kotor dalam Umno. Pencalonan Isa Samad itulah buktinya. Nasihat Mahathir tidak ada harga lagi.

Pemimpin Umno Halalkan Cara

Bagi menghalalkan cara, pemimpin Umno yang berkuasa mengeluarkan kenyataan yang mahu rakyat menerima sebagaimana yang diucapkan Timbalan Presiden Umno, Mahyiddin Yassin dalam kenyataannya selepas pengistiharan Isa Samad sebagai calon Umno, di Bagan Pinang.

Kata Mahyiddin, oleh kerana ini adalah pilihanraya kecil, apa yang penting ialah rakyat didahulukan, rakyat di Bagan Pinang mesti didahulukan, mana rakyat hendakkan, itu yang kita akan beri.

Kenyataan Pemimpin Umno Tidak Berprinsip

Menyokong kenyataan Timbalan Presiden Umno itu ialah kenyataan Naib Presidennya Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang turut mempunyai maksud yang sama. Kata Hishammuddin dalam memperkatakan pencalonan Isa Samad,

“Beliau adalah calon yang sangat tepat untuk BN. Ini adalah pilihan rakyat dan dan kita perlu menghormati kehendak rakyat. Rakyat didahulukan”. Kenyataan kedua pemimpin Umno tertinggi ini disiarkan media secara terbuka dan telah dibaca secara meluas diseluruh Negara.

Dalam dunia yang serba moden dan pintar sekarang ini sukar untuk kita percaya kenyataan sebegini boleh keluar dari pemimpin tertinggi Umno. Tetapi itulah yang berlaku. Mereka mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak berprinsip disaat rakyat dan negara sangat memerlukan kepimpinan yang berprinsip dan bertanggung jawab.

Isa Samad telah dihukum Umno kerana rasuah,ini bererti Isa Samad memang pernah melakukan rasuah. Pencalonan beliau sudah tentu memberikan implikasi buruk keatas imej kepimpinan negara.

Sebab itu rakyat mestilah ada kebimbangan jika mereka memilih Isa Samad maka ini bererti mereka turut menyumbang kepada berlakunya kadar peningkatan indeks rasuah dalam negara.

Umno Kelirukan Konsep Rakyat Didahulukan

Sedangkan diperingkat antarabangsa negara kita telah tercemar dengan teruk atas isu rasuah. Ini memalukan, Atas isu rasuah bagi Umno ianya tidak mengapa asalkan mereka boleh mengekalkan kuasa.

Kalau dilihat akan implikasi dari kenyataan pemimpin Umno itu ialah kalau rakyat hendakkan pemimpin rasuah mereka boleh berikan perasuah. Kalau rakyat hendakkan pemimpin mereka perompak Umno boleh berikan perompak, itulah yang difahamkan dari pemikiran mereka. Mereka guna alasan ‘Rakyat Didahulukan’. Mereka mengelirukan rakyat atas konsep tersebut.

Inilah mentaliti pemimpin Umno, itulah budaya mereka. Sebab itu sukar bagi negara membentuk budaya bersih, telus dan berintergriti sebagaimana dibimbangi Tun Mahathir.

Tak Ada Pemimpin Bersih Dalam Umno

Untuk membentuk budaya bersih dalam pemerintahan maka pemimpinnya perlu lebih terdahulu bersih. Tetapi dalam Umno seolah-olah tidak ada yang bersih, itu masalahnya.

Sebab itu, Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila diasak mengenai ketidakpuasan hati rakyat terhadap pencalonan Isa Samad sebagai calon Umno di Bagan Pinang terpaksa melakukan pembelaan tidak waras.

Kata Najib, dari segi kesalahan, hukuman (yang dijalaninya) sudah berat, oleh itu Isa perlu diberi peluang. Dia tidak pernah menentang parti walaupun (ketika itu setelah diambil tindakan) tidak lagi berada dalam parti. Insya-Allah, Isa ada peluang yang baik (untuk menang).

Kenyataan Najib ini jauh terpesong dari ajaran Islam, malahan juga dari system pendidikan kovensional. Memanglah, manusia ini kecuali para Nabi tidak sunyi dari melakukan salah dan silap,itu kita akui, kita memang bukan maksum kerana kita bukan nabi.

Walau bagaimana pun ada cara dan ada system yang diajar bagaimana untuk kita membetulkan salah dan silap yang telah kita lakukan untuk kembali menjadi manusia bersih. Ada cara membetulkan kesalahan dan kesilapan.


Isa Samad Belum Taubat?

Proses membetulkan kesalahan dan kesilapan samada yang kecil apa lagi yang besar macam kesalahan rasuah Isa Samad itu memerlukan dua proses penting iaitu taubat dan hukuman.

Mengikut cara Najib, Isa Samad telah melalui proses hukuman yang dilaksanakan Umno. Kena atau pun tak kena dengan undang-undang, itu lain kira bagi dia. Tetapi Umno dah kenakan hukuman. Cara itu hanya diterima oleh Umno. Kalau Isa nak bertanding dalam Umno mungkin ada lojiknya cara itu kerana itu budaya Umno.

Tetapi apabila bercakap dalam menentukan kepimnpinan negara maka cara hukuman Umno itu sangat tidak releven. Cara hukuman Umno keatas Isa itu tidak diterima rakyat secara keseluruhan, apa lagi kalau dihubungkaitkan dengan perundangan.

Untuk memilih pemimpin, Islam menuntut pemimpin yang ingin dipilih itu mestilah terdiri dari yang bersih. Oleh yang demikian itu Isa perlu membersihkan dirinya. Persoalannya adakah Isa sudah membersihkan dirinya?, apakah Isa sudah bertaubat?.

Taubat dalam Islam memerlukan Isa melakukan tiga perkara iaitu menghentikan amalan rasuah, menyesal kerana telah melakukan rasuah dan berikrar tidak akan melakukan rasuah. Apakah ini telah dilakukan Isa Samad?. Rakyat tidak mendengar pengakuannya.

Tidak mungkin Isa dan Umno boleh meningalkan rasuah jika mereka tidak berazam untuk meninggalkan rasuah. Rasuah sudah menjadi budaya mereka. Lihat saja cara mereka berkempen dalam menghadapi pilihanraya. Rasuah digunakan sebagai senjata. Justeru bagaimana untuk kita percaya mereka boleh meninggalkan rasuah.

Sebab itu kalau negara ini mahu dibersihkan dari rasuah, maka yang boleh membersihkan negara ini dari amalan rasuah bukan Umno atau Isa Samad, tetapi rakyat. Umno dan Isa tidak boleh kerana mereka telah berada dalam najis rasuah.

Kalau mahu melihat amalan rasuah itu suatu kesalahan dan dosa, maka yang melihat rasuah itu suatu kesalahan dan dosa bukan Umno tetapi rakyat. Barangkali sebab itulah Mahathir desak rakyat tolak pemimpin Umno yang rasuah.

Rakyat Bagan Pinang Mampu Tolak Calon Rasuah

Tidak cukup dengan cara penolakan Mahathir, rakyat di Bagan Pinang perlu bertindak lebih jauh dari itu. Rakyat di Bagan Pinang mestilah tahu bukan hanya calon Umno yang rasuah yang mesti ditolak tetapi Umno itu sendiri sebagai parti rasuah yang juga perlu ditolak.

Jika rakyat bersetuju amalan rasuah itu kesalahan dan dosa, maka rakyat jugalah yang perlu berani dan tegas menolak parti rasuah dan calonnya yang rasuah. Hanya itulah cara untuk menjaga kesejahteraan rakyat dan negara. Segala-galanya boleh dilakukan rakyat di Bagan Pinang.

Tuesday, September 29, 2009

Miang Mahathir Bawa Perubahan

Najib Berkuasa ?.

Ramai orang bertanya kepada saya, siapa yang sebenarnya berkuasa dalam kerajaan dan Umno BN. Najib atau Mahathir?. Saya kembalikan soalan tersebut kepada setiap orang yang bertanya kepada saya dengan soalan, adakah anda tahu yang paling berkuasa dalam Umno adalah Presiden Umno dan orang yang paling berkuasa dalam kerajaan adalah Perdana Menteri?.

Saya katakan Perdana Menteri yang ada sekarang adalah Najib dan Presiden Umno juga adalah Najib. Maka, pada setiap pertanyaan saya katakan yang paling berkuasa adalah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Mahathir bukan Perdana Menteri malahan bukan juga menteri. Mahathir juga bukan Presiden Umno.


Pandangan Mahathir Pandangan Perdana

Malanganya, mutahir ini, di era Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno apa yang diberikan gambaran seolah-olah yang paling berkuasa adalah Mahathir. Malahan dalam banyak isu yang membabitkan negara dan Umno, pandangan Mahathir adalah pandangan 'perdana' berbanding Najib.

Mahathir Pemimpin Paling Dibenci?.

Semua orang tahu Mahathir adalah bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling lama berkuasa. Dalam sejarahnya juga Mahathir adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling dibenci orang. Tidak ada krisis yang tidak melanda Mahathir. semuanya lengkap.

Tetapi Mahathir yang dianggap diktator oleh sesetengah musuhnya dapat mengatasi setiap masalah yang dihadapi. Mahathir tidak jatuh kerana dikalahkan oleh musuh dalamanUmno dan kerajaannya. Mahathir berhenti kerana ia ingin berhenti. Mahathir bersara kerana ia ingin bersara.

Mahathir kini sudah berhenti dan sudah bersara. Paling jelas, Mahathir juga menuntut ramai orang agar bersara. Mahathir minta Sami Vellu bersara. Terbaru, Mahathir suruh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bersara. Oh!, Mahathir memang orang yang pelik.

Peliknya orang yang bernama Mahathir ini, walau pun hakikatnya beliau sudah bersara tetapi tindakannya tidak menunjukkan beliau sebagai orang yang sudah bersara. Mahathir tak macam Pak lah. Pak Lah memang benar-benar bersara tetapi Mahathir tak sedar diri yang dia sudah bersara, dia campur semua urusan, inilah masalahnya. Memang 'Tak sedar diri' yang membuatkan semua orang jadi keliru dek perangai Mahathir.

Mahathir Kacau Semua, Najib Membisu.

Kecuali orang Umno, orang lain tahu bahawa orang macam Mahathir tidak akan berhenti dengan karektornya, 'pengacau'. Memang ada sesetengah menteri dalam BN tahu tabiat Mahathir itu, tetapi jumlahnya tak ramai. Orang macam Pak Lah tak boleh tahan dengan tabiat Mahathir. Orang macam Nazri juga nampaknya tak boleh tahan dengan Mahathir. tetapi orang macam Najib terpaksa 'tahan' dengan Mahathir. Najib banyak membisu.

Barang kali, kecuali mati, Mahathir tidak akan berhenti dengan sifat pengacaunya dalam Umno, BN dan kerajaan. Mahathir akan bercakap atas perkara yang beliau ingin cakapkan , tak peduli siapa kerana demokrasi membenarkannya bercakap apa saja walau pun melanggar adap dan tata susila.

Wartawan pula, atas niat masing-masing akan terus menggunakan Mahathir. Mahathir terus laku walau pun dalam situasi beliau bukan Presiden Umno, bukan Perdana Menteri, bukan Menteri, bukan juga Penasihat kerajaan Malaysia sebagaimana Lee Kuan Yew di Singapura.

Mahathir sepatutnya bukanlah sewajarnya dijadikan tempat rujukan terutama atas isu-isu membabitkan politik dan pentadbiran negara. Tetapi beliau tetap menjadi rujukan utama berbanding Najib atau Pak lah yang juga bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Masalah Najib

Kalau kita tanya Pak Lah adakan beliau suka dengan sikap Mahathir?, saya berkeyakinan Pak Lah meluat. Persoalannya apakah Najib juga tidak meluat dengan Mahathir. Saya rasa Najib juga meluat tetapi dalam keadaan yang ada pada Najib hari ini beliau tidak boleh sama sekali menunjukkan sikap yang meluat atas masalah yang dihadapinya.

Sebab itu dalam fenomena yang ada, ramai orang keliru dengan peranan Najib berbanding Mahathir. Dalam banyak hal Mahathir lebih advance berbanding Najib. Mahathir lebih menunjukkan sikap sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno berbanding Najib.

Mahathir boleh bercakap apa saja. Malahan, 'didahulukan' walaupun tak ada jawatan yang melayakkannya berbuat demikian. Dia nampaknya lebih berkuasa.

Najib, dia ditinggalkan dalam banyak situasi. Dia ada jawatan tetapi nampaknya tak cukup kuasa. Kalau tak silap, Najib adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno yang termuda. JR Prime Minister barangkali.

Rakyat Malaysia Bernasib Malang Ada Perdana Menteri Macam Najib.

Najib dinampakkan tak ada kelayakan untu mengepalai Presiden Umno dan Perdana Menteri yang tulen. Najib perlu ditunjuk ajar oleh Mahathir sepenuhnya. Agak malang bagi rakyat Malaysia menpunyai seorang Perdana Menteri dengan imej sedemikian.

Najib sangat berbeza dengan Persiden Umno dan Perdana Menteri terdahulu. Barangkali keadaan itu yang sangat dibimbangi Mahathir, justeru Najib perlu ditunjuk ajar bagaimana nak lakukan sesuatu. Tak ada kreadibiliti dan tak meyakinkan. Inilah gambaran yang diperolehi rakyat dari tindakan 'mengacau' Mahathir.

Mahathir, barangkali juga ada sebab yang kuat untuk mengajar Najib. Rekod selepas Najib mengetuai Umno dan kerajaan amat tidak menyakinkan orang macam Mahathir. Apa taknya, tak pernak menang dalam pilihanraya kecil kecuali di Batang Air. Najib dan Umno kalah 7-0.

Kalau Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih hidup, saya percaya kisah Nujum Pak Belalang akan ada siri dua dan tiganya bagi mengkisahkan senirio politik dibawah Najib.

Pak Belalang Dapat Negeri Mahathir Hilang Negeri

Mahathir, barangkali lihat cerita Nujum Pak Belalang, lalu beliau mengambil ikhtibarnya. Beliau minat untuk jadi Pak Belalang. Beliau akan terus bantu Najib. Cuma yang berbeza Mahathir dengan Pak Belalang ialah peranan Pak Belalang dapat negeri sedang tindakan Mahathir hilang negeri. Campurtanganlah Mahathir, janganlah kamu bersara walau pun kamu sudah bersara

Semua kita tahu Mahathir ada miang yang akan memiangkan sesiapa sahaja yang menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri. Ini amat baik untuk perubahan negara sekarang.


Keadaan yang ada pada Mahathir amat perlu teruskan. Negara memerlukan orang macam Mahathir bagi melakukan perubahan. Perubahan itu ialah dengan menjatuhkan Umno BN yang sangat korup dan menyusahkan. Sumbangan Mahathir amat diperlukan dan amat besar nilainya.

Thursday, September 17, 2009

Kepada seluruh umat Islam

Assalamualaikum w.r.t


Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

Tips

Sila bayar Zakat

Bantu fakir miskin

Mohon maaf dengan ibubapa

Jaga Adab berhari raya

Bila makan ingat kesihatan

Ziarah kaum keluarga dan sahabat handai

Memohon maaf dikalangan sahabat handai

Ajak kaum bukan Islam berhari raya, kenalkan mereka kepada Islam

Jangan raya selama sebulan, ingat-ingat puasa sunat 6 hari bulan syawal.

lain-lain, pikirlah sendiri.

mohon maf banyak-banyak

terima, kasih.



Sunday, September 06, 2009

Seksyen 23 Shah Alam, Penduduk elit Perangai Memalukan

Tengah hari tadi saya telah melihat rakaman vedio melalui Malaysiakini tentang dailog penduduk seksyen 23 Shah Alam bersama pimpinan Pakatan rakyat diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit isu cadangan pembinaan kuil Hindu.

Saya tidak berkesempatan melihat laporan dimedia terutama TV 3, malam tadi kerana sibuk menganjurkan program parti disebelah malamnya. Namun saya telah menerima maklumat langsung dari rakan-rakan mengenai laporan yang telah saya jangkakan.

Media Pro Umno Tidak Bermoral

Hanya pada tengah hari ini barulah saya berpeluang menelita laporan media arus perdana yang menyakitkan. Saya kemudiannya terus melayari internet.

Ternyata apa yang saya jangkan tentang media pengampu arus perdana tepat. Media arus perdana terus menerus melaksanakan kesinambungan mereka mengampu Umno walau pun secara tidak bermoral.

Kalau kita lihat tajuk Berita Harian hari in sebagai contoh sudah cukup memberikan gambaran terhadap maksud saya.Khalid kena 'boo', itulah gambaran kepuasan berita yang disiarkan untuk tatapan umum.

Susah untuk saya percaya bagaimana rupa orang Melayu yang rata-rata tinggal dikawasan yang agak elit itu boleh bertemu dan berdailog begitu rupa, kecoh dan emosional. Tindakan mereka tak ubah macam orang ulu sungai yang tak berpelajaran. Perhubungan mereka hanyalah caci maki atau maki hamun.

Umno Gagal Didik Bangsa

Tetapi tindakan yang sama itulah dilakukan sebahagian penduduk seksyen 23 Shah Alam. Walau pun rupa nampak cantik tetapi otak dan keperibadian mereka kantoi. Mereka bertemu tanpa mampu berdailog, sedang gelagat mereka macam orang lepas mabok tapai. Amat memalukan. Mereka orang bandar konon!

Saya amat berasa sedih. Semua orang wajar berasa sedih atas tindakan sebahagian penduduk seksyen 23 Shah Alam itu. Negara kita baru lepas menyambut 52 tahun kemerdekaan. Tetapi inilah rupa orang Melayu yang tinggal dikawasan elit kebanggaan Umno. Lebih 50 tahun Umno melaksanakan proses mendidik orang Melayu, tetapi sebahagian penduduk Syeksyen 23 itulah hasilnya.

Kita ingin bertanya apakah orang Melayu dikalangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam tidak ada sedikitkah rasa malu atas kejadian yang berlaku?. Kepada Pemimpin Umno, tidakkah kamu turut berasa malu?. 52 tahun negara merdeka apakah ini rupa bentuk masyarakat yang dilahirkan.

Apa yang berlaku keatas dailog itu tidak akan merugikan politik Pakatan Rakyat, malahan ramai yang percaya ia merupakan bonus untuk mereka menghadapi pilihanraya umum akan datang. Itu juga penting, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana persoalannya terhadap usaha pembinaan negara?.

Kita tidak wajar bergembira atas apa yang berlaku. Jika keseluruhan rakyat dinegara ini bersikap macam sebahagian penduduk Seksyen 23 Shah Alam itu, ini bermakna kita hadapi masalah yang besar untuk bercakap soal pembinaan negara.

Keadaan ini membuktikan pemimpin Umno tidak pernah berjaya dalam usaha membina masyarakat yang beradap dan berakhlak. Keadaan ini mungkin disebabkan pembentukan persekitaran politik dalaman Umno yang rasuah yang tidak ada lagi persoalan dosa dan pahala.

Tolak Umno Jika Negara Mahu Selamat

Sebab itulah mahu atau pun tidak mahu, rakyat keseluruhan tidak ada pilihan melainkan perlu bertindak tegas menggunakan kuasa undi bagi menjatuhkan pemimpin yang tidak berkemampuan macam Umno. Umno perlu ditolak jika mahu melihat negara ini selamat dan sejahtera.

Kita kena sayangkan negara kita. Kita kena letakkan negara ini pada landasan yang betul, bagaimana cara membina negara bangsa yang maju, matang dan berakhlak?. Landasan itu nampaknya terletak pada harapan Pakatan Rakyat.

Saturday, August 22, 2009

Taubat Mahyuddin Sama Taubat Majlis Fatwa

Nik Aziz perlu bertaubat. Itulah paparan utama media pengampu Umno hari ini yang memetik kenyataan Mahyuddin Yassin orang nombor dua dalam Umno terhadap Tok Guru, Nik Abdul Aziz.

Mahyuddin amat terasa hati terhadap Tok Guru. Terasa hati kerana kenyataan Tok Guru, menyokong Umno tak masuk syurga. Dalam media amat jelas, nampak lebam muka Mahyuddin macam orang kena tampar,bila saja dia bercakap soal itu.

Majlis Fatwa Pengampu Umno

Keadaan jadi lebih panas apabila Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Pro Dato Abdul Shukor Husin membuat kenyataan yang bertentangan dengan Tok Guru, tetapi kenyataan Majlis Fatwa nampak amat selari dan serasi dengan Umno. Tok Guru berasa amat tak puas hati dengan Majlis Fatwa kerana katanya bertindak atas laporan akhbar semata-mata tanpa memanggil beliau sebagai saksi utama.

Pengerusi Majlis Fatwa dan Majlis Fatwa memang selalu menunjukkan sikap mengampu pemimpin Umno dan kerajaannya dalam banyak hal. Namanya Majlis Fatwa, tetapi sikapnya macam budak tak sekolah. Tok Guru pula anggap tindakan Majlis fatwa tak profesional.

Memang tak profesional pun , Majlis Fatwa sepatutnya menjadi institusi yang menangani berbagai masalah terutama yang membabitkan kepercayaan atau Iman secara bertanggung-jawab. Majlis Fatwa mestilah institusi yang mampu bersikap adil, telus dan berintergriti.

Tetapi apa yang berlaku selama ini, mereka dilihat hanyalah penjilat dan
pengampu apa juga selera yang diperlukan pemimpin Umno dan kerajaan walau pun mereka rasuah dan tidak bermoral.

Majlis Fatwa boleh bertindak kepada sesiapa saja termasuk Tok Guru. Tetapi tindakkan mereka haruslah melambangkan sikap dan kebertanggung-jawapan penuh terhadap agama Islam agar tidak dilihat institusi pengampu yang memberikan imej buruk terhadap Islam itu sendiri.

Jika mereka tidak bersetuju dengan Tok Guru, itu hak mereka. Tetapi menghukum Tok Guru dalam sesuatu isu yang besar sebegini hanya berdasarkan kenyataan akhbar membuatkan umum melihat Majlis Fatwa sebagai institusi yang sangat lemah, tidak adil dan memalukan.

Semua orang percaya Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa orang yang berilmu, mengapa bila bertindak dalam mengolah sesuatu hal yang melibatkan Umno dan pimpinannya mereka jadi pengencut dan dayus.


Majlis Fatwa Kena Adil

Mereka boleh menghukum Tok Guru dalam perkara yang mereka rasakan perlu. Tetapi proses untuk menghukum itu perlu melalui proses yang adil. Perlu ada nilai penghakiman yang betul, perlu ada bukti yang jelas dan perlu ada saksi yang akhirnya perlu ada nilai profesionalisma yang tinggi.

Keahlian Masjlis Fatwa bukan setaraf tok empat kampung. Orang kampung pun ada cara menghakimi ahlinya. Tetapi apa yang dilakukan Majlis Fatwa terhadap Tok Guru macam orang rimba, ini tak betul. Mereka perlu ada nilai dan intergriti.

JIka Majlis Fatwa bersikap begini berterusan maka akan tercemarlah institusi Islam yang menjadi amanah yang perlu dijaga martabat dan kesuciannya.

Anehnya, Majlis Fatwa apabila melibatkan pemimpin PAS macam Tok Guru, Majlis Fatwa cepat membuat kenyataan. Tetapi mengapa dalam perkara yang melibat rasuah pemimpin dan ajaran sesat melalui kefahaman sekular yang diamalkan Umno selama ini Majlis Fatwa membuta, membisu, sebuta sebisu-bisunya. Mengapa?, Apakah rasuah dalam kepimpinan yang diamalkan dalam parti Mahyuddin (Umno) selama ini tidak bertentangan dengan Islam.

Dimana Majlis Fatwa, dimana penghakiman Majlis fatwa, dimana keperihatinan Majlis fatwa, dimana sikap menjaga agama dan umat yang patut dilaksanakan tanggung-jawab oleh Majlis Fatwa. Dimana kamu?.

Mahyuddin Kena Minta Calonya Bertaubat

Tiba-tiba hari ini Mahyuddin suruh Tok Guru bertaubat. Apa sebab Tok guru diminta taubat?. Mahyuddin nak tunjuk pandai agama ke?, parti kamu bergelumang dengan najis rasuah tak mampu kamu nak taubatkan, nak pulak suruh To Guru. Lepas tu, tak bagi Tok Guru berdebat dengan Majlis Fatwa. Apa jenis penghakiman yang ingin diterapkan Mahyuddin.

Mahyuddin sepatutnya suruh calonya di Permatang Pasir bertaubat. Apakah pecah amanah yang pernah dilakukan calon Umno tak memerlukan taubat?. Bagaimana pula pandangan Majlis Fatwa dalam kes di Permatang Pasir?.

Tidakkah majlis Fatwa perlu membuat kenyataan bagaimana cara untuk memilih pemimpin dalam Islam. Apakah Majlis Fatwa kena tunggu arahan Mahyuddin baru nak buat kenyataan. Apakan Majlis Fatwa tak rasa mudharat kalau umat Islam dipimpin oleh pemimpin yang rasuah dan berselera rasuah?.

Tetapi, inilah sikap Majlis Fatwa, membisu. Kerana apa?, kerana kalau Majlis Fatwa membuat kenyataan maka kenyataan itu tak selari dengan selera pemimpin Umno yang berkuasa. Ada risiko kalau Majlis Fatwa buat kenyataan, maka lebih baik diam dan jaga perut aje, jawatan tak hilang.

Mutahir ini, inilah standartnya kita lihat Majlis Fatwa. Mereka sepatutnya jaga agama tetapi nampaknya mereka jaga Umno dan kerajaan sekularnya. Apa nak buat, inilah jenis orangnya.

Tuesday, August 18, 2009


Martabatkan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu

Hari ini adalah hari yang melegakan, kepenatan dalam mengusahakan kovensyen memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan pebudayaan bangsa telah berakhir dengan kepuasan dan kegembiraan.

Puas hati kerana matlamat yang dihajatkan telah tercapai. Gembira pula kerana kehadiran semua pihak termasuk tetamu istimewa, Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said atau Pak Samad sudi membentangkan ilmu dan isi hatinya sebagai pejuang bahasa dapat dikongsi para peserta.

Penjajahan Bahasa Penjajahan Minda

Bukan senang untuk menganjur kovensyen membabitkan isu besar seumpama ini. Tambahan di negara kita yang terlalu terbuka dalam pengamalan bahasa, sehinggakan menurut kata Pak Samad oleh kerana rata-rata pemimpin negara dan pengikutnya sudah tertanam dalam minda bahawa hanya bahasa Inggeris sahaja yang boleh membawa kemajuan.

PAS Pahang Catat Sejarah Perjuangan Bahasa

Namun segala- galanya telah berlalu. Konvensyen bahasa itu sudah menjadi salah satu sejarah perjuangan bahasa dalam negara ini yang diusahakan PAS Pahang.

Menarik, Sebelum dan selepas kovensyen saya telah ditanya ramai orang termasuk para wartawan tentang tujuan diadakan kovensyen dan rasional ianya diadakan.

Saya mempunyai jawapan yang amat mudah. Saya membawa masyarakat untuk merujuk kepada artikel 152 Perlembagaan Malaysia yang memberikan kedaulatan terhadap bahasa Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Skop yang amat mudah kepada kita melihat soal perlembagaan dan undang-undang sebagai suatu perkara yang sepatutnya menjadi perjuangan bukan sahaja oleh PAS dan orang yang macam Pak Samad, juga sepatutnya menjadi perjuangan seluruh rakyat yang bermoral.

Saya juga menyatakan kepada rakan dan wartawan, bahawa PAS mempunyai sikap yang amat jelas tentang kedudukan bahasa. Seriusnya PAS dalam memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara boleh dilihat dalam Fasal 6, perkara 7, Perlembagaan PAS. Ini bererti penganjuran kovensyen bahasa PAS Pahang adalah salah satu aktiviti teras yang dilaksanakan PAS.

Banyak Cara Kuasai Ilmu

Kalau kita menggunakan hujah akademik, mengapa kita memandang berat terhadap pengukuhan bahasa Malaysia ialah kerana kita mahu melihat segala pengaliran ilmu dalam masyarakat dan negara dapat dinikmati oleh semua.

Saya amat percaya bahawa bahasa yang paling mudah untuk diketahui dan paling ramai pengamalannya di negara ini ialah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Hatta, kalau kita tinjau buruh asing dari Bangledsh yang baru tiga atau empat hari di negara ini pun sudah boleh menggunakan bahasa Melayu. Memang pun mereka diajar tentang bahasa atau pertuturan Melayu di industri-industri dalam negara.

Kebetulan pula saya tinggal di kawasan kilang yang ramai buruh asing dari Myamar,Bangladesh, Nepal dan Asia Tengah lain. Mereka ini bukan sedikit, tapi beribu, malahan kalau diukur kepada kehadiran seluruh negara ratusan ribu atau mungkin juta pada satu-satu masa.

Apa makna ini semua?, Maknanya ialah bilangan penggunaan bahasa Melayu tidak lagi terhalang kepada manusia yang tinggal di nusantara, malahan kini sebahagian besar penduduk dunia. Inilah potensi pengembangan bahasa kita.

Menurut Pak Samad, penggunaan bahasa Melayu adalah pengunaan bahasa yang ke empat terbesar dunia. Kalau perkembangan yang saya sebutkan tadi membesar dengan baik maka ada kemungkinan cerah bahasa ini boleh memperbaiki rangking penggunaannya.

Aspek Ilmu Dan Pendidikan

Kita harus melihat dalam konteks penyampaian dan keberkesanan penyampaian untuk diterima sebagai suatu proses pendidikan dan ilmu di negara ini. Dalam konteks yang telah berlaku ialah PPSMI. Menurut Mahyuddin terdapat 3 juta pelajar korban PPSMI. Kenapa ini berlaku.?

Tidakkah kita merada sedih dan dukacita hanya dengan sikap sombong dan angkuh hanya kerana kita mahukan bahasa Inggeris diajar dalam Sains dan Matematik kita telah mengorbankan bangsa sendiri dan menyekat pengaliran ilmu walau pun ianya datang dari bangsa Inggeris.

Umno Bunuh Sistem Penyampaian Ilmu

Kerajaan Umno BN dan penyokongnya telah melakukan sesuatu yang tak kena dalam sistem pengajaran dan pembelajaran kita. Mereka membunuh sistem penyampaian maklumat dan ilmu yang baik dalam sistem pendidikan.

Bagaimana kita mahu melihat pelajar kita berjaya kalau apa yang diajar tidak difahami bahasanya oleh murid, sementara guru yang mengajar pula tidak memahami apa yang diajarnya. Sebab itulah pemimpin Umno perlu bertanggung-jawab atas apa yang telah berlaku.

Demokrasi dalam Pendidikan.

Mari kita melihat dalam aspek yang lebih besar iaitu pengamalan demokrasi dalam pendidikan. Pendidikan atau pengajaran yang berkesan ialah apabila kita mengajar orang dalam bahasa yang mereka boleh faham. Kalau kita mengajar dalam bahasa yang orang tak faham maknanya ada sesuatu yang tak sihat telah berlaku.

Dalam konteks penggunaan bahasa dan pengetahuan pelajar tentang bahasa, saya kira tentulah semua pelajar di negara ini boleh berbahasa Malaysia dengan baik berbanding bahasa lain dari sudut majoriti dan demokrasinya. Ini didokong fakta perlembagaan negara. Dalam perlembagaan terdapat artikel 152 yang menyebut tentangnya.

Hujah kedua saya guna dalam sistem pendidikan sendiri. Telah ada dasar pendidikan yang jelas iaitu penggunaan bahasa Malaysia sebagai penghantar.

Ini bermakna dalam sistem pendemokrasian pendidikan, penggunaan bahasa Malaysia dalam semua subjet kecuali pengajaran bahasa adalah tepat dan adil. Apa yang penting ialah bagaimana pengukuhan bahasa dalam konteks kenegaraan dan ilmu itulah yang sepatutnya menjadi pertikaian sebagaimana yang dihasratkan kovensyen.

Kedudukan Bahasa Inggeris.

Bukanlah bermakna apabila kita mengadakan kovensyen memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara maka kita mengabaikan kedudukan bahasa Inggeris. Tidak, sama sekali. Tetapi mengaggongkan bahasa Inggeris melebihi bahasa Malaysia saya tak setuju sama sekali.

Begitu juga kalau kita tak menekankan penggunaan bahasa Inggeris maka kita mundur, saya juga tak setuju. Kalau kita bercakap soal kemajuan dengan bahasa, mengapa kita sempitkan hanya kepada Inggeris.?

Inggeris tidak punya banyak sejarah membangunkan manusia dari banyak aspek pun. Tamadhun manusia banyak berlaku dan diasaskan dalam dunia dan bahasa Arab.Semasa dan selepas kejatuhan Islam pula yang paling hampir dengan perkembangan ilmu dan ketamadhunan manusia ialah Parsi, Perancis, Sepanyol dan lain-lain.

Mengapakah kita tidak menekankan kepada penggunaan bahas Arab, Pranchis, China, Jepun dan sebagainya. Kalau kita melihat dalam konteks ilmu dan kemajuan manusia, mengapa kita tidak memilih bahasa Arab?. Bukankah besar sumbangan bahasa ini terhadap pembinaan tamadhun manusia. Inggeris tak punya tamadhun yang besar sebesar Arab.

Sebab itu hujah untuk kita mencapai kemajuan hanya dengan menumpukan kepada bahasa Inggeris saya tak setuju. Kita perlu bertanya kepada diri untuk apa kita mengagongkan bahasa Inggeris?. Sebab itu bahasa Inggeris bukan jawapan segala-galanya untuk maju. Ada banyak cara untuk maju, pandai bahasa hanyalah sebahagiannya.

Memang bahasa digunakan sebagai salah satu penyaluran ilmu, tetapi untuk mewajibkan semua orang belajar bahasa itu tidak pula ada rasionalnya.

Sebagai contoh, ramai dikalangan umat Islam termasuk saya yang tidak mempunyai asas bahasa Arab, tetapi mengapa kita boleh menjadi orang Islam yang baik dari segi kefahamannya. Mengapa?. Jawabnya kerana Islam yang kita terima itu diajar dalam bahasa yang kita faham. Kemudian selepas itu baru kita berusaha belajar bahasa Arab. Penyaluran ilmu itu perlu dilihat lebih penting walau pun kita mengakui menguasai bahasa ilmu itu juga sangat penting.

Apa yang saya maksudkan ialah kemajuan dan ilmu sesuatu bangsa itu boleh dikecapi melalui banyak cara, tidak hanya mementingkan soal bahasa sahaja. kita perlu memfokuskan cara perkembangan ilmunya dan itulah yang lebih penting.

Saya memang bersetuju setiap dari kita mestilah belajar bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa yang lain terutama Arab. Tetapi hanya menunjukkan kebimbangan kepada bahasa Inggeris semata-mata membuatkan pemikiran kita masih terjajah. Membangunkan bahasa Inggeris ada caranya dan menggunakan pelbagai bahasa ada kepentingannya.

Nak belajar bahasa Inggeris, nak pandai bahasa Inggeris lebih dari orang Inggeris pun boleh. Tetapi mengapa harus dikorbankan bahasa sendiri.

Sunday, August 09, 2009

Perlantikan Jamaluddin Jarjis Sebagi Duta Ada Skrip Politik BN

Hari ini telah berlaku antara perkara yang amat pelik dalam pentadbiran Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Perkara yang pelik dimaksudkan itu ialah beliau melantik seorang duta dari seorang Ahli Parlimen yang masih ada tanggung jawabnya sebagai wakil rakyat.

Perlantik penuh misteri yang Najib buat itu hanya beliau saja yang tahu tetapi boleh juga diagakkan tujuan dan maksudnya oleh orang politik macam saya.


Najib Tak Puas Hati.

Buat sekian kalinya Najib berhadapan dengan pilihanraya kecil yang tidak memihak kepada kepimpinannya. Terbaru mereka akan berhadapan dengan pilihanraya kecil Pematang Pasir. Kawasan yang dianggapnya kubu kuat PAS atau Pakatan Rakyat (PR).

Kalau berdasarkan majoriti pada pilihanraya umum yang lepas adalah amat sukar keputusan akan memihak kepada Umno BN. Tetapi saya jangka majoriti mungkin menurun macam Manik Urai kerana budaya parti Najib berlori-lori wang akan hadir. Walau pun begitu Najib sebenarnya tak puas hati.


Najib dan Umno Perlukan Imej Baru

Jika Umno kalah lagi kali ini walau pun dengan satu atau dua undi ia tidak akan memberikan imej yang baik buat Najib dan Umnonya. Semua orang tahu pilihanraya kecil bukanlah medan mudah untuk PR kerana budaya politik wang dan penggunaan jentera kerajaan tertumpu disesuatu kawasan pilihanraya kecil. Ia di manipulasi sepenuhnya oleh BN. Kalah lagi walau pun majoriti tipis tidak akan memulihkan moral mereka. Justeru itu Najib dan BN perlukan imej baru.

Di Pematang Pasir Najib dan Umno tidak yakin kemenangan akan memihak kepada mereka. Jika mereka kalah lagi bermakna pengiraan jurang kekalahan akan jadi macam pengiraan dalam cerita nujum Pak Belalang. Najib boleh pensan. Justeru itu Najib perlu kepada ubat bagi mengelak daripada pensan.

Najib telah menemui jalan. Nak tunggu MP atau Adun kawasan kuat Umno BN mati tak mati-mati bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan untuk merapatkan jurang kekalahan itu. Cara yang mungkin mereka fikirkan ialah dengan mencari helah melantik Ahli Parlimennya sebagai Duta Besar ke negara sekutu Israel iaitu Amerika.

Cari punya cari terlihatlah ladang sawit yang luas, kawasan hutan yang terbentang, masyarakat yang jauh dari maklumat maka disitulah tradisinya yang mereka rasakan selamat untuk menang pilihanraya kecil.

Najib Bohong?.

Kalau itu betul dan dirasakan betul, maka melantik Jamaluddin sebagai duta sepertilah kaedah orang mati. Bila mati ada pilihanraya kecil. Adalah mustahil Jamaluddin dapat menjalankan tanggung-jawab sebagai wakil rakyat jika konsep rakyat didahulukan mahu dilaksanakan Najib. Kalau Najib boleh bersetuju dengan cara itu bermakna Najib berbohong kepada rakyat atas slogannya sendiri.

Ramai yang kata Najib orang bodoh kerana tindakannya melantik Jamaluddin sebagai duta telah bertentangan dengan prinsipnya "Rakyat Didahulukan", perkhidmatan kepada rakyat diutamakan.

Jamaluddin Tak Ada Masa

Betul Najib bodoh, Najib tidak bodoh?, kerana beliau nampaknya ada muslihat tertentu. Kemuncak tindakannya ialah kita akan lihat nanti Jamaluddin akan letak jawatan sebagai ahli Parlimen bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan atas alasan sibuk, tak ada masa dan untuk rakyat.

Itu kawasan antara yang BN menang besar, ditambah caranya menghadapi pilihanraya kecil ia memungkinkan Umno meningkatkan majoriti. Selepas itu Najib akan kata sokongan rakyat kepada BN akan pulih.

PR Pulau Pilihanraya

Tetapi kalau keadaan itu benar-benar berlaku apa kata jika PR tidak akan menyertai pilihanraya kecil atas alasan yang digunakan BN ketika tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti. Itu bukan keperluan perlembagaan, itu permainan politik. Kalau saya ada kata pemutus ketika itu saya akan buatkan PR macam BN buat di Penanti, Pulaukan pilihanraya kerana bukan keperluan perlembagaan. Pada ketika itu apa kata Najib?.

Sebab itu kita percaya perlantikan Jamaluddin sebagai duta ada misteri politik yang perlu dibaca secara cermat. Tak payah suruh MP Rompin letak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sudah ada skrip dibuat untuk maksud itu, percayalah Insyaallah. Kalau tak percaya tanya Najib, tentu dia kata betul tu?.

Tuesday, August 04, 2009

Umno Bingung Dengan Demonstrasi Rakyat

Demonstrasi Gerakan mansuhkan ISA (GMI) telah beberapa hari berlalu. Daripadanya berbagai kenyataan atau tafsiran telah dibuat berbagai pihak. Ada yang sokong dan ada yang tidak sokong. Namun apa yang paling menarik boleh dilihat setelah demonstrasi itu berlaku ialah rasa kedukaan pemimpin Umno yang amat mendalam.

Umno Sendirian

Pemimpin Umno telah menjadi bingung sebingungnya. Lebih bingung apabila mereka amat bersendirian dalam mempertahankan ISA. Tidak ada 1 Malaysia. Tidak ada pertubuhan politik atau NGOs selantang Umno dan pengampunya menentang GMI atau mempertahankan ISA. Malahan, lebih memalukan pemimpim Umno apabila Pemuda Gerakan sendiri menyokong pemansuhan ISA. Mereka benar-benar sendirian.

Umno Banyak Malu

Memang banyak yang dimalukan pemimpin Umno. Walau pun mereka mengeksploitasi sepenuhnya kekuatan pasukan keselamatan seperti polis dalam mengengkang pergerakan pendemo, namun ia tetap gagal. Malahan kehadiran rakyat terutama golongan muda tidak dapat disekat walaupun ancaman, gertakan dan ugutan datang dari mulut pemimpin Umno dan polis serta media yang dikuasainya dibuat secara bertalu-talu.

Jangkaan Umno Silap

Pemimpin Umno jadi hilang harga diri kerana barangkali mereka beranggapan demo tetap berlaku tetapi bilangan peserta tidak ramai akibat dari ugutan, ancaman dan halangan telah dilakukan lebih awal. Malangnya bagi Umno, perkara sebaliknya berlaku. Ancaman, ugutan dan halangan mereka telah menjadi sampah yang tidak dipedulikan rakyat. Jangkaan mereka benar-benar silap.

Alih Pandangan Rakyat

Oleh kerana terasa malu yang amat sangat pemimpin Umno terpaksa menggunakan plan kedua iaitu menerima hakikat kehadiran ramai rakyat dalam demonstrasi itu. Mereka cuba mengalih pandangan rakyat atas isu yang lain iaitu peniaga rugi akibat daripada demo yang berlaku.

Pemimpin Umno menggunakan saki baki kuasa yang ada dengan mengumumkan kerugian RM200 juta akibat daripada demo kerana kerosakan yang dialami para peniaga hari itu dan sebahagian peniaga lain yang tutup kedai .

Media Pro Umno Main Sentimen Bodoh

Media pro Umno pula memainkan sentimen bodoh dengan menggunakan isu perkauman Melayu sebagai hujahnya kerana katanya yang ramai hadir demo 1Ogos itu adalah orang Melayu yang ramai dan yang menerima kesan dari demo itu juga kononnya peniaga kecil Melayu.

Tidak dapat dinafikan orang Melayulah yang ramai berdemonstrasi dan tak kurang ramai jugalah peniaga Melayu yang terjejas. Itu, semua pihak kena terima, ya kena terima.

Kotak Pemikiran Umno Sempit Dan Singkat

Tetapi persoalannya mengapa jadi begitu?, bagaimana datang sebabnya. Ini juga memerlukan jawapan yang panjang dan rasional. Umno dan medianya cuba memainkan isu ini dalam kotak pemikiran yang sempit dan singkat.

Bagi pemimpin dan media Umno. mereka gambarkan seolah-olah rakyat hanya berfikir dalam sehari?. Tidak, rakyat boleh berfikir sepanjang masa. Mereka boleh dipengaruhi emosi hari ini, tetapi boleh tenang esok dan dapat berfikir secara baik pula kemudian harinya.

Malaysia Negara Demokrasi

Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Antara perkara yang menjadi tajuk utama dalam hal demonstrasi yang dimaksudkan ada dalam perkara 10 perlembagaan yang memberikan kebebasan berhimpun secara aman dan terkawal.

Dalam hal itu, GMI telah menggunakan ruang yang ada iaitu mengadakan perhimpunan secara aman. Hak untuk mengadakan perhimpunan saperti yang diadakan GMI adalah hak mereka yang dijamin dalam perlembagaan.

Cuma isu yang besar yang patut diperbincangkan ialah adakah perhimpunan itu aman dan terkawal. Aman dan terkawal itu mempunyai pengertian dan peranannya yang luas pula.

Pertama siapa yang boleh menentukan atau ditentukan bahawa perhimpunan itu aman dan terkawal. Adakah pihak penganjur (GMI) rakyat atau pasukan keselamatan?, atau kedua-duanya?.

Gaji Menteri Umno Dan Polis Dibayar Rakyat

Polis atau FRU yang berkerja dengan gaji yang dibayar dari wang negara yang disatukan. Secara mudah difahami, dalam amalan sistem ekonomi negara yang disatukan itu semua hasil dihimpun dan kemudian diagih mengikut keperluan-keperluan negara.

Termasuk dalam wang yang disatukan itu datangnya dari rakyat sebagai pembayar cukai. Termasuk pembayar cukai itu datangnya dari penganjur dan peserta demonstrasi GMI. Dari wang itulah maka diagih-agihkan kepada berbagai sektor termasuklah perkhidmatan yang membayar gaji menteri Umno dan pegawai keselamatan(polis) dan lain-lain.

Sebab itu dalam banyak hal mereka kena sedar bahawa adanya had dan keterbatasan dalam tindakan mereka kepada rakyat kerana rakyat yang menanggung isi perut mereka. Tak Boleh menzalimi rakjyat. Tak boleh racun rakyat sesuka hati dan sebagainya.

Berbalik kepada isu yang asal, saya sangat bersetuju kedua pihak iaitu rakyat (GMI) dan kerajaan perlu bertanggung jawab menjadikan perhimpunan itu aman dan terkawal. Mereka ada kuasa dan inisiatif masing-masing.

GMI Laksana Tanggung - Jawab Aman

Dalam hal ini GMI sebagai penganjur telah melaksanakan tanggung jawab yang baik disamping menuntut hak yang dilindungi dari perkara 10 perlembagaan dalam hal menuntut kebebasan berhimpun dan bersuara dengan terkawal.

Terbukti mereka telah melaksanakan tanggung-jawab mereka dengan baik. Tidak ada sebarang perlakuan jenayah berlaku walau pun dengan kehadiran terlalu ramai manusia dan terlalu banyak tangkapan telah dibuat. Tak ada yang ditangkap itu membawa bom atau benda berbahaya.

Ini membawa erti perhimpunan itu adalah perhimpunan yang aman dan terkawal. Pihak penganjur memang sejak dari awal telah membuat kenyataan rasmi bahawa perhimpunan yang ingin dilaksanakan adalah aman dan terkawal. Aman dan terkawal ini datangnya dari kehendak dan komitmen penganjur iaitu rakyat.

Persoalannya, mengapa perhimpunan 1 Ogos itu tiba-tiba tidak terkawal?.

Umno Takutkan Perhimpunan

Kita perlu pula melihat peranan dan tanggung jawab disebelah pihak yang lain iaitu kerajaan. Memang sejak awal- awal pemimpin kerajaan yang diterajui Umno tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut. Umno menunjukkan mereka amat takut berhadapan dengan perhimpunan itu.

Semahu boleh mereka cuba menghalangnya. Tetapi mereka pula tidak mempunyai alasan yang baik dan boleh diterima rakyat.

Mereka sama sekali tidak menggunakan alasan (hak dan kebebasan yang diberikan perlembagaan kepada rakyat berhimpun dan bersuara secara aman) membukti ada sesuatu yang tidak kena dengan halangan tersebut.

Pemimpijn Umno dan media mereka hanya mengugut, menakut-nakutkan rakyat dari menikmati hak mereka, itu sahaja.

Polis Bertanggung-jawab Jaga Keselamatan Rakyat

Dalam mana-mana kerajaan, soal keselamatan dalam kes ini tentulah pendukung utamanya adalah polis atau FRU. Mereka sepatutnyalah yang memastikan perhimpunan tersebut berlaku secara aman, selamat dan terkawal.

Mereka sama sekali tidak boleh menjadi penghalang kepada hasrat rakyat mendapatkan hak mereka yang dijamin dalam perkara 10 perlembagaan iaitu untuk berhimpun secara aman dan terkawal. Sebaliknya merekalah yang sepatutnya membantu menjadikan sebarang perhimpunan itu dapat berjalan secara aman dan terkawal.

Tetapi apa yang berlaku?. Adakah pihak polis atau fru telah berperanan melaksanakan tanggung-jawab yang digariskan dalam perlembagaan. Melalui lidah menteri Umno, melalui lidah ketua-ketua polis, mereka dari awal telah mencabuli hak asasi rakyat dengan kenyataan yang menghalang perhimpunan diadakan. Tidakkah mereka tahu hal sedemikian telah melanggar undang-undang tertinggi negara?.

Umno patut takut dengan perhimpunan itu kerana ia menjejaskan kedudukan politik tetapi polis takut apa?. Sepatutnya polis berkata "kami bersedia berkhidmat untuk rakyat dan memastikan perhimpunan itu terurus dengan baik dari semua segi termasuk keselamatan. Kami pasukan polis berkhidmat untuk semua rakyat bukan hanya kepada Umno". Itu sepatutnya dan itulah dinamakan Polis Diraja Malaysia bukannya polis deUmnokan.

Kedua, fungsi mereka. Dalam kontek yang sedang dibicarakan bahawa pasukan polis atau fru adalah pasukan keselamatan yang fungsinya melindungi keselamatan rakyat dan negara. Bagaimana mereka (polis) boleh berperanan menjadikan perhimpunan 1 Ogos itu aman dan terkawal dan dalam masa yang sama hak rakyat terjamin?.

Perhimpunan Dilindungi Perlembagaan

Ada banyak jenis perhimpunan besar, malahan lebih besar skala penglibatan rakyatnya daripada perhimpunan pada 1Ogos itu. Kesemua perhimpunan itu dilindungi dalam perlembagaan. Antaranya perhimpunan agama seperti Maulidur Rasul, Thaipusam dan perarakan hari Kebangsaan.

Kesemua perhimpunan itu mempunyai hasrat yang satu sebagaimana GMI, iaitu berhimpun, bersuara dan terkawal. Pihak polis telah menjalankan tanggung-jawabnya dengan baik kerana ia berfungsi sebagai pasukan keselamatan yang menjaga keamanan dan keselamatan.

Mengikut undang-undang, ya, kesemua perhimpunan mengikut undang-undang atau dilindungi undang-undang. Cuma yang berbeza adalah dalam kesemua perhimpunan tadi kecuali yang 1 Ogos itu, tiba-tiba watak pasukan keselamatan bertukar wajah. Daripada menjaga keamanan dan kenteteraman awam mereka bertindak menjadi pemburu rakyat, Mengapa?.

Mengapa tiba-tiba apabila perhimpunan dianjurkan dalam hal yang menyentuh hak kebebasan dan bersuara yang menjadi perkara asasi tiba-tiba polis naik minyak?, mengapa?.

Sepatutnya perhimpunan 1 Ogos itu boleh menjadi aman bila pihak polis mengurus keperluan perhimpunan sebagai mana mereka mengurus perhimpunan besar yang lain. Bayangkan jika pihak polis mengurus perhimpunan itu dengan baik, semua pihak akan dapat manfaat yang besar darinya.

Pasukan polis akan dihormati, keadaan menjadi aman tenteram, peniaga pula akan dapat untung yang besar hasil daripada kebanjiran orang ramai. Tidak timbul soal rugi RM200juta sebagaimana yang dinyatakan secara bodoh oleh menteri Umno.

Boleh kita bayangkan, pulohan ribu rakyat berarak dalam cuaca panas selama lebih kurang dua ke tiga jam bagi menyerahkan memorandum ke Istana Negara. Kemudian kita fikir ke mana mereka nak pergi?, bukankah ke warong-warong kecil peniaga Melayu, restoren roti canai mamak atau gedung pakaian kaum tionghua. Siapa yang gembira bukankah rakyat. Bukankah 1 Malaysia?.

Kalau kita ambil angka kehadiran pendemo. Kita ambil jumlah dari akhbar atau media pengampu Umno, hanya kira-kira 20ribu orang sahaja cukuplah.

Kalau mereka berbelanja RM 10 sahaja untuk makan setiap dari mereka, maka berapa jumlah aliran wang yang diperolehi warga kota. Suruhlah menteri Umno yang bahlul itu menjawabnya.

Rakyat Jangan Tertipu.

Sebab itu dalam kes ini rakyat jangan tertipu, bukan nilai RM 200juta itu yang menjadi kebimbangan pemimpin Umno kerana rasuah dilkalangan mereka jauh lebih tinggi dari nilai itu.
Bukan kerugian rakyat yang ditakuti pemimpin Umno kerana merekalah yang merancang keadaan sedemikian. Tetapi yang dibimbangkan mereka adalah kehadiran rakyat yang ramai menyertai demonstrasi itu boleh menjadi penanda aras kejatuhan mereka pada pilihanraya umum akan datang. Itulah keresahan mereka.

Thursday, July 16, 2009

Manik Urai Kesilapan Umno

Kemenangan PAS, walau pun tipis, secara berlawan ia tetap menang. Itulah ajaran demokrasi yang perlu difahami. Kekalahan umno walau pun dengan satu undi ia tetap kalah. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, Umno merasakan kekalahan itu kemenangan dan PAS bersedih dengan kemenangan kerana merasa kekalahan.

Keputusan pilihanraya Manik Urai menimbulkan banyak tanda tanya, adakah kemerosotan undi majoriti PAS merupakan petanda rakyat terutama orang Melayu sudah berubah sikap. Anehnya yang berubah itu golongan muda. Atau, adakah pula perubahan kepimpinan Najib dalam banyak hal terutama janji ekonominya sudah diterima rakyat secara lunak?. Banyak persoalan?.

Untuk mencari jawapan atas undi rakyat Kelantan di manik Urai atau mana-mana keputusan pilihanraya lalu maka perkara berikut perlu diambil kira.

1. Untuk apa rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai membuang undi. Kalau nak ubah kerajaan, ia tak mungkin berlaku kerana majoriti kerusi PAS tidak tergugat. Kalau nak tukar kerajaan, ini bukan masanya. Sepatutnya mereka ambil kesempatannya pada pilihanraya umum lalu kerana modal PAS ketika itu hanya satu kerusi, tapi itu tidak berlaku.

Jadi, undi untuk apa?, jawabnya signal. Rakyat Kelantan mahu lebih banyaj janji ditaburkan parti-parti bertanding kerana keduanya kerajaan. Lebih banyak janji, maka lebih baik bagi mereka. Paling banyak janji datang dari Umno, maka mereka buat signal sesuai dengan janji. Maka berlakulah keputusan saperti yang berlaku.

2. Adakah keputusan pilihanraya di Manik Urai boleh dijadikan petanda kemerosotan kepercayaan rakyat kepada PAS khususnya di Kelantan. sebelum menghadapi pilihanraya umum lalu PAS hanya memiliki kerusi simple majoriti dengan hanya perbezaan dua kerusi. dengan dua kerusi itu PAS di bawah Tok Guru mentadbir negeri. Tiba-tiba disaat genting itu berlaku pula kematian seorang Adunnya di Pangkalan Pasir. Berlakulah pilihanraya kecil.
Ramai merasakan kedudukan PAS amat kritikal. Keadaan bertambah buruk apabila dalam pilihanraya kecil itu PAS mengalami kekalahan. Akibatnya selepas itu PAS mentadbir Kelantan hanya dengan satu kerusi, hinggalah pilihanraya umum baru-baru ini.

Pada pilihanraya ke11, PAS kehilangan banyak kerusi dan rekod buruk itu ditambah burukkan lagi apabila kalah pilihanraya kecil Pangkalan Pasir. Ramai pemerhati politik percaya pada pilihanraya umum ke 12 riwayat pemerintahan PAS akan berakhir. Tetapi apa yang berlaku selepas itu. PAS menang dengan mudah dikerusi yang mereka kalah pada pilihanraya kecil. Jadi untuk apa rakyat Kelantan di Pangkalan Pasir memberikan undi kepada BN dalam pilihanraya kecil Pangkalan Pasir dan bertindak sebaliknya apabila kedudukan kerajaan PAS nampak tergugat. Itu hanyalah signal, mereka mahukan pembangunan dan merekalah (signal itu) sebenarnya pengugut politik yang berkesan. Pilihanraya kecil adalah pilihanraya janji untuk projek pembangunan tempatan, ini trend umno dan inilah yang diperlukan rakyat Kelantan. Mereka lakukan bukan sahaja di Manik Urai, Pangkalan Pasir, Semerak dan yang terdahulu.


3 Tekanan. Semua parti politik yang bertanding telah mengalami tekanan, PAS ada tekanan hasil daripada keputusan pilihanraya itu. Umno lagi banyaklah tekanannya cumanya sementara ni boleh buat sengih songel kononnya berjaya dalam pilihanraya. Lain lah macam Matahrir kalah satu undi pun tetap kalahlah. Kena tabik juga Mahathir ni. Tapi bagi rakyat Kelantan kejayaan mereka ialah kejayaan menjadikan pemimpin bekerja untuk mereka. Jaga kehidupan dan perihatin dengan masalah mereka. Itulah bijaknya mereka. Tetapi di negeri-negeri yang rakyat tak macam rakyat di Kelantan rakyat takutkan pemimpin, lalu rakyat dijadikan hamba politik yang tak berkesudahan. Akhirnya rakyat sentiasa tertekan.

4. Kekalahan umno dalam pilihanraya kecil Manik Urai tidak boleh dibanggakan walau pun dapat mengurangkan majoriti PAS. Mereka sepatutnya menang berdasarkan limpahan wang dan projek disalurkan ke Manik Urai. Mereka sepatutnya menang sebagaimana pilihanraya kecil Pangkalan Pasir yang lalu. Tetapi oleh kerana kegagalan memahami senario politik Kelantan mereka kalah. Mahyuddin Yassin buleh ugut rakyat Kelantan dengan kisah jambatannya disaat mereka memerlukan sokongan rakyat, ini tindakan bodoh yang menyebabkan kekalahan umno. sebab itu kekalahan umno berpunca dari kempen Mahyuddin.

Monday, June 29, 2009

kepada pengunjung blog, minta maaf lama dah tak celoteh, bukan apa, lupa no password, ini baru dapat jalan keluar. bacalah yang memula ni.

DEBAT MANIK URAI


Kita boleh istihar PAS dan PR sudah menang di Manik Urai. Sebabnya kerana mangsa rebah sebelum perangkap tok guru, Nik Aziz membingkas sepenuhnya. itulah bisanya orang tua yang bernama Nik Aziz.

Hari ini dalam akhbar melaporkan orang tua Umno bernama Mahathir dan Dolah Badawi bertegas untuk selamatkan Najib yang terkulai atas ajakan debat terbuka tok guru. Kalau dihitung zaman Mahathir campur Pak Lah berapa lama mereka berkuasa tak dapat tumbangkan tok guru. kita ambik zaman mula tok guru dapat kuasa politik tahun 1990 hingga kini sudahlah. Berapa lama!, sudah hampir 20 tahun hoo.

Zaman Mahathir campur Pak Lah zaman dikatakan Umno kuat. Mereka, seorang melayu moden dan seorang lagi ulama hadhari. Tapi, telah jadi sejarah, mereka tak mampu berhadapan dengan tok guru. kalau gitu, apalah sangat yang dapat dibuat Najib kalau nak berdebat dengan tok guru.

Bayangkan kalau debat itu berlaku, tok guru kata kalau orang Melayu nak berjaya kena amanah tak boleh rasuah, macam mana Najib nak jawab pasal kapal selam. Kalau tok guru kata, kita pemimpin kena berakhlak tak boleh ada fitnah jenayah macam kes antantunya. Sudah tentu kita rasa Najib susah jawab.

Tok Guru kata lagi, kita pemimpin kena jaga isteri, isteri kita kena tutup aurat kerana kita contoh kepada rakyat, itu pun rasanya Najib jadi pening kepala. Apa lagi bila tok guru baca ayat Quran suruh Najib tafsir. dah tentu lintang pukang

Kira punya kira, orang tua Umno pikir ini tak boleh jadi. Kalau berlaku juga debat, bukan Manik Urai saja akan mengurai tapi Umno akan terus terburai. Sebab itu lebih baik stop.

Tapi, bagaimana kalau pengundi Manik Urai akan kata Najib dan Umno penakut. Tak apa, kalah pilihanraya kecil pun tak apa, Umno boleh kata Manik Urai kubu kuat PAS. kaedah fekah katakan lebih baik berhadapan musuh yang bahayanya dapat ditahan dari musuh yang lebih besar bahayanya dan tak boleh ditahan lagi. Macam ni, tak berdebat Umno kalah Manik Urai tapi kalau berdebat bukan Manik Urai saja kalah tapi dengan Umno sendiri terburai. Ada alasan nampak!.

Thursday, February 12, 2009

Malam ini saya masih mahu membicarakan kisah politik Umno yang semakin usang dan ditinggalkan zaman pastinya. Terdapat dua perkara yang terpaksa ditempuhi Umno yang tidak selesa untuk dihadapi tetapi kehilangan idea untuk menghadapinya.

Persoalan pertama bagaimana mereka nak menghadapi pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam suasana rakyat membenci pemimpin dan parti mereka.

Kedua mana yang lebih mendapat fokus pemimpin Umno samaada untuk memenangi pilihanraya kecil dikeduanya atau hanya untuk memenangi jawatan dalam pertandingan Umno Mac ini .

Untuk memperolehi kedua-duanya nampak semacam mustahil.

Kalau ditinjau dan dikaji secara halus atas isu yang dimainkan pemimpin Umno sepanjang kemelut politik di Perak, nampaknya pemimpin Umno lebih suka mainkan isu perkauman walau pun merugikan.

Rasanya pemimpin Umno tahu perbuatan merekalah sebenarnya menghalau sokongan rakyat bukan menarik sokongan rakyat.

Tetapi mereka tatap memainkannya kenapa?, jawabnya kerena inilah masa sesuai untuk menonjolkan diri menjadi hero pada pemilihan parti walau pun bukannya menjadi hero rakyat.

Maksud mereka, mungkin kalau pun mereka kalah dalam pilihanraya kecil Umno mereka kata tetap ujud dan mereka juga boleh ujud. Tetapi kalau mereka kalah dalam pemilihan Umno, maka masa depan politik mereka akan hancur dan mereka tidakakan ujud, jadi apa makna Umno ujud kalau mereka tidak ujud. lebih baik buat apa saja untuk jaga kedudukan merekaitu ujud.

Inilah otak Umno yang bersarang dalam pemikiran sekular yang sedang menuju kehancuran dan menghancurkan.

Jadi awas, jauhi makluk perosak ini.

Wednesday, February 11, 2009

Ya, sehari dua ni orang sibuk menyatakan hal kegawatan politik di Perak. Pemimpin Umno dan kuncu-kuncunya pula sibuk memainkan isu derhaka akan Dato' Seri Nizar konon terhadap rajanya. kesemuanya nak jadi hero. betul ke pemimpin Umno nak jaga Raja dan Institusinya?, atau sebenarnya ada maksud lain.

Kalau kita ingat sejarah (Melayu mudah lupa kata Tun Mahathir) pemimpin Umno Kelantan pernah tabal Raja kerana tak setuju dengan Raja yang ada, ini hal boleh rujuk Anuar Musa. Di Terengganu masa perlantik Menteri Besar lepas pilihanraya umum lalu tak kurang kata-kata kesat dilimparkan kepada Istana Terengganu. Duluuu lagi, ketika usaha menghadkan imuniti Raja-Raja Melayu tuuu, zaman Tun Mahathir berkuasa tu, tak kurang mereka dan media pengampu mereka mengaibkan Raja-Raja Melayu, takkan dah lupa?.

Sekarang ni pulak pemimpin Umno tunjuk lagak kononnya nak bela Raja-Raja Melayu, boleh caya ke?.

Ramai orang kata sebenarnya bukan nak jaga Raja, tapi nak berselindung disebalik kuasa Raja, nak tunjuk hero konon, maklum masa perebutan jawatan dalam Umno dah dekat. Betulkannn, menantu ku tentu setuju pendapat ini,yee kannn?.

Saturday, January 31, 2009

kisah politik

Jangan terkejut dengan rasuah yang melanda Umno terumanaya apa yang berlaku kepada Umno Temerloh. Amat memalukan. Temerloh yang dalam sejarahnya melahirkan ramai pejuang kemerdekaan, Temerloh dikenali sebagai bumi pejuang, kini gara-gara Umno, Temerloh dikenali sebagai sarang rasuah. Macam mana agaknya perasaan orang Umno Temerloh. Memang,Umno hidup dengan rasuah. kononnya mereka tentang rasuah. ye ke?, agaknya kalau rasuah sampai nak gugat kedudukan kelompok mereka dalam Umno. Tapi , Umno suka rasuah kalau rasuah boleh bantu kedudukan dan kuasa mereka dalam kerajaan. Sebab itu setiap kali pilihanraya rasuah adalah teman mereka yang akrab.

Sebenarnya itulah dia pun Umno. Sebab itu jangan hairan dengan rasuah dalam Umno.

Kita tengoklah wajah panglima dalam Umno, siapa mereka. Kan ke ada rupa jembalang rasuah. Rakyat yang kena ingat jangan tertipu dengan sendiwara Umno dalam lakonan rasuahnya.